zikir..


ha, ha... bukan zikir yg dalam cite tntg dhia tu ye.. niyh zikir (zikrullah)..coz aku xtw nak post ape,, so aku rase lebey baik ak post something yg ley tmbh arn ilmu pngetahuan kite semua...
am i right?  sep skit... haha... kat mane aku jumpe artikel niyh?? at salah satu group aku at fb...:)eh2,, nak pergi mane tu? bace niyh dulu,, aku nak kongsi ilmu niyh...

tahu x kiter sumer yang,

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak kita boleh  mula memahami perkara baru, dan mula melihat daripada perspektif berbeza. jugadiri kita sendiri juga  menjadi semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum mengamalkan zikir otak tidak sebegini.
Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Secara saintifik telah terbukti bahawa  bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.W.T yang bermaksud:
   "Orang yang berzikir kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah              pepohonan yang hijau di tengah-tengah pepohonan yang kering."

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerimanya. Alangkah beruntungnya kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...